ANTARA jenis penutup mulut hidung dan mulut. FOTO Arkib NSTP/ Hasriyasyah Sabudin
ANTARA jenis penutup mulut hidung dan mulut. FOTO Arkib NSTP/ Hasriyasyah Sabudin
BERNAMA

Seorang peniaga di Kuantan membuat laporan polis mendakwa kerugian RM44,500 dalam urusan pembelian 48,000 keping penutup hidung dan mulut yang ditawarkan di media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, wanita berusia 30 tahun itu mendakwa barangan itu diiklankan di Facebook, pada 21 Mac lalu.

“Mangsa mendakwa suspek lelaki yang dihubunginya bersetuju untuk membekalkan penutup hidung dan mulut jika dia menjelaskan bayaran pendahuluan sebanyak 50 peratus dengan baki dijelaskan selepas menerima barangan itu.

“Mangsa sudah membuat bayaran secara transaksi online ke akaun yang diberikan suspek pada hari yang sama,” katanya kepada pemberita di Kuantan, hari ini.

Mohd Wazir berkata, mangsa bagaimanapun tidak menerima barangan itu sehingga semalam, menyebabkannya berasa ditipu dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 April 2020 @ 10:05 AM