TERTUDUH, Haslinda Sulaiman, 25, (kiri) ketika di bawa ke Mahkamah sabit pertuduhan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika di Mahkamah Majisterat Port Dickson. FOTO Mohd Khidir Zakaria
TERTUDUH, Haslinda Sulaiman, 25, (kiri) ketika di bawa ke Mahkamah sabit pertuduhan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika di Mahkamah Majisterat Port Dickson. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Mohd Khidir Zakaria


TIGA individu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Port Dickson, hari ini atas pertuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengakuan itu dibuat ketiga-tiga tertuduh di hadapan Majistret Siti Huzaifah Abdul Talib sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Tertuduh, Hashim Mohamad Yusoff, 57, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan Haslinda Sulaiman, 25, yang bekerja sebagai penyambut tetamu didakwa ingkar arahan PKP apabila ditahan berhampiran Kolam Takungan Air Taman Intan Perdana, Teluk Kemang pada 7 malam 28 Mac lalu.

Seorang lagi tertuduh, J Jonathan Raj , 22, ditahan pada 12.45 tengah malam 29 Mac lalu didakwa ingkar arahan PKP berkeliaran dengan kereta Proton Satria Neo di tepi jalan Lukut, Taman Sri Lukut, Port Dickson.

Berikutan itu, mereka didakwa mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi.

Jonathan mengaku salah dan dijatuhkan hukuman denda RM1,000 atau satu bulan penjara jika gagal menjelaskan denda itu.

Manakala Hashim dan Haslinda gagal menjelaskan denda dihukum penjara sebulan.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2020 @ 4:04 PM