PENOREH getah, Azhar Rahman, 30. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.
PENOREH getah, Azhar Rahman, 30. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.
Siti Rohana Idris dan Syaherah Mustafa


PENOREH getah antara golongan paling gembira menerima bantuan daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Seorang daripadanya, Azhar Abdul Rahman, 30, dari Kuala Nal, Kuala Krai berkata, pendapatannya terjejas teruk selepas dua minggu tidak menjual getah sekerap.

“Malah saya kini bergantung kepada wang simpanan untuk teruskan kehidupan. Tetapi selepas mendengar ucapan PM tadi, sesungguhnya kami sangat bersyukur dan lega.

“Bantuan itu dapat membantu menampung perbelanjaan kami sekeluarga,” katanya yang mengusahakan ladang getah seluas 0.2 hektar.

Pemandu teksi, Che Hashim Mohamad, 59, pula melakukan sujud syukur sebaik pengumuman Muhyiddin mengenai bantuan yang bakal diterima golongan sepertinya,

Katanya yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan, dia kehilangan punca rezeki selepas tidak dapat memandu teksi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu.

“Alhamdulillah, terima kasih untuk bantuan ini kerana ia sangat membantu saya membeli keperluan untuk keluarga,” katanya yang sudah menjadi pemandu teksi lebih 20 tahun.

Berita berkaitan:

  • 4 juta isi rumah dapat bantuan tunai RM1,600
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mac 2020 @ 5:44 PM