GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Yun Mikail


MASA operasi perkhidmatan kereta api di Sabah dihadkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong berkata, perkhidmatan kereta api ketika ini hanya bertujuan mengikut keperluan sahaja.

“Penjadualan baru perkhidmatan keretapi di Sabah bermula hari ini.

“Waktu operasi kereta api Beaufort ke Halogilat hanya kekerapan empat kali sehari iaitu 7.50 pagi (pergi/balik) dan 4.30 petang (pergi/balik).

“Masa operasi daripada Rayoh ke Tenom juga sebanyak empat kali sehari pada 7.50 pagi (pergi/balik) dan 4 petang (pergi/balik).

“Manakala tiada sebarang pengoperasian kereta api bagi stesen Kota Kinabalu ke Beaufort serta Halogilat ke Rayoh,” katanya.

Safar berkata, keputusan itu diambil dalam mesyuarat Sabah Covid-19 Command Centre, hari ini.

Sementara itu, Safar menyatakan kerajaan negeri turut memutuskan operasi kilang memproses makanan selain pengangkutan bahan makanan seperti beras, sayur dan ikan untuk kegunaan domestik adalah dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2020 @ 3:57 PM