MARZUKI. FOTO Danial Saad
MARZUKI. FOTO Danial Saad
Yusmizal Dolah Aling

BAKI 29 daripada 189 Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang layak, tetapi belum bersidang diarahkan meneruskan persidangan masing-masing mulai 1 April hingga 7 April depan.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya berkata, berdasarkan kenyataan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang dikeluarkan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan, Bersatu mengambil ketetapan untuk meneruskan persidangan pada tarikh terbabit.

Katanya, arahan itu masih tertakluk kepada pengumuman dan perkembangan lanjut yang akan dibuat kerajaan dari semasa ke semasa.

“Bersatu mengambil ketetapan berdasarkan perutusan khas Perdana Menteri mengenai wabak (Covid-19) ini seperti disarankan.

“Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) perlu mengambil langkah pencegahan sewajarnya mengenai wabak ini semasa mengendalikan persidangan yang berbaki bagi semua bahagian terbabit dan ia berkuat kuasa serta merta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Isnin lalu, Pengerusi JPP Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, persidangan di peringkat bahagian yang sepatutnya berlangsung serentak pada 18 April ini ditangguhkan atas arahan JPPM.

Pemilihan Bersatu kali ini menyaksikan seramai 203 individu menghantar borang pencalonan MPT Bersatu dalam pemilihan dijadual pada Jun depan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2020 @ 6:03 PM