HASNI MOHAMMAD
HASNI MOHAMMAD
Omar Ahmad dan Mohamed Farid Noh.


KERAJAAN Johor melaksanakan saringan kesihatan dengan memeriksa suhu badan pelawat yang hadir membuat urusan di semua pejabatnya.

Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata langkah itu bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Katanya selain pemeriksaan turut disediakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) untuk kegunaan pelawat.

“Pemeriksaan saringan kesihatan bagi memeriksa suhu di hadapan pintu masuk Pejabat Menteri Besar bukan untuk pengamal media sahaja, tetapi untuk semua pengunjung yang berurusan.

“Pemeriksaan saringan kesihatan suhu ini juga dibuat di semua pejabat kerajaan,” katanya pada sidang media di Pejabat Menteri Besar di Kota Iskandar, di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Presiden Kelab Media Johor, Mohammad Fauzi Ishak berkata pihaknya turut membekalkan cecair pembasmi kuman secara berperingkat kepada pengamal media yang bertugas membuat liputan.

“Hari ini kita baru dapat bekalan dan kita berikan kepada pengamal media secara berperingkat.

“Kita sentiasa memantau dan meminta semua pengamal media supaya sentiasa berjaga-jaga dalam membuat liputan serta mengutamakan keselamatan diri,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2020 @ 5:26 PM