BERSATU Johor beri sokongan sepenuhnya kepada kepimpinan Muhyiddin sebagai presiden parti itu. FOTO Hairul Anuar Rahim
BERSATU Johor beri sokongan sepenuhnya kepada kepimpinan Muhyiddin sebagai presiden parti itu. FOTO Hairul Anuar Rahim
Mohamed Farid Noh

BADAN Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor menzahirkan sokongan sepenuhnya kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden parti itu.

Badan Pimpinan BERSATU Johor dalam satu kenyataan, berkata ketetapan itu diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan semalam.

“BERSATU Johor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8.

“Kami juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad di atas jasa dan sumbangan beliau terhadap BERSATU dan negara.

“Terima kasih juga kepada Datuk Dr Sahruddin Jamal yang meneraju Johor sebagai Menteri Besar ke-16.

“BERSATU Johor memohon Ahli Parlimen BERSATU Johor supaya terus menyokong dan bersama-sama Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri ke-8 negara, ” kata kenyataan berkenaan.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, petang semalam berkenan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-8 bagi menggantikan Dr Mahathir.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mac 2020 @ 8:59 PM