Wartawan NSTP


KIRA-kira 50 petugas media yang 'berkampung' di dua pintu di Istana Negara hari ini sejak pagi bagi membuat liputan berhubung pergolakan politik dijamu dengan makanan segera, ayam goreng KFC oleh pegawai istana.

Kotak ayam KFC itu diberikan oleh Setiausaha Sulit Bersara (R) Datuk Nazim Mohd Alim kepada wakil media di dua pintu Istana Negara, petang tadi.

Apa yang pasti, pemberian jamuan makanan itu melegakan petugas media yang rata-ratanya terpaksa menahan lapar sejak pagi bagi membuat liputan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

PEGAWAI Istana Negara menyerahkan ayam goreng KFC kepada petugas media. FOTO NSTP
PEGAWAI Istana Negara menyerahkan ayam goreng KFC kepada petugas media. FOTO NSTP

Terdahulu, ketiga-tiga pemimpin itu menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara bagi memaklumkan mengenai perkembangan politik semasa.

Dr Mahathir yang tiba pada jam 4.40 petang tadi dengan Proton Perdana masih berada dalam istana bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Februari 2020 @ 5:44 PM