FOTO Ihsan Instagram Melly Goeslow
FOTO Ihsan Instagram Melly Goeslow
Najiy Jefri


“INSYA-Allah nanti bersatu kembali di negeri abadi,”kata komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslow kepada Bunga Citra Lestari atau BCL mengenai pemergian suaminya yang juga pelakon Malaysia, Ashraf Sinclair pagi hari ini akibat serangan jantung.

Melly menerusi Instagram berkata, dia berdukacita atas kehilangan Ashraf dan mendoakan Ashraf ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Buat BCL, saya turut berduka atas wafatnya belahan jiwamu Ashraf Sinclair. Semoga arwah ditempatkan di syurga terindah Allah SWT. Diharapkan kamu diberikan lautan ikhlas dan sabar seluas luasnya,” tulis Melly.

Sementara itu, penyanyi terkenal Agnes Monica turut mengucapkan salam takziah kepada BCL atas pemergian Ashraf.

“Saya minta maaf atas berita ini. Ketika mendengar berita ini saya fikir tidak betul. Turut berduka,” tulisnya di ruangan komen pada salah satu video Instagram BCL.

Ashraf meninggal dunia jam 4.51 pagi tadi di Hospital MMC, Jakarta akibat serangan jantung.

Sementara itu, Instagram Ashraf iaitu @ashrafsinclair dihujani ribuan ucapan takziah daripada peminat dan rakan artis.

Hantaran terakhir iaitu gambar dia di New York, Amerika Syarikat yang dimuat naik tiga hari lalu menerima lebih 90,000 tanda suka dan hampir 16,000 komen.

Berita Berkaitan

  • Ashraf Sinclair meninggal dunia

  • Rakan artis terkejut pemergian Ashraf

  • Ashraf Sinclair meninggal dunia jam 4.51 pagi
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Februari 2020 @ 9:50 AM