Hafidzul Hilmi Mohd Noor


JABATAN Bomba dan Penyelamat akan menggunakan unit anjing pengesan (K9) bagi mengesan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan di sebuah kondominium dalam pembinaan di Taman Desa, Kuala Lumpur, hari ini.

Setakat ini jumlah mangsa yang terperangkap masih belum diketahui berikutan kerja-kerja menyelamat masih dijalankan.

Turut berada di lokasi kejadian Pasukan Khas Taktikal Operasi dan penyelamat (STORM) dan pasukan perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Difahamkan, seorang mangsa sudah dibawa keluar dan dilaporkan berkeadaan stabil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi berkata, setakat ini pihaknya masih berada di lokasi kejadian bersama agensi berkaitan.

“Perkembangan lanjut berhubung kejadian berkenaan akan dimaklumkan kemudian," katanya.

Berita berkaitan

Struktur kondominium dalam pembinaan runtuh

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Februari 2020 @ 6:55 PM