Zuhainy Zulkiffli


PEMANDU wanita yang dipercayai mabuk dan merempuh motosikal ditunggang dua sahabat hingga maut, ditahan reman empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek berusia 47 tahun itu disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44 (1) akta sama.

“Ia adalah kesalahan serius yang membawa hukuman penjara antara tiga hingga 10 tahun dan denda sehingga RM20,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut, siasatan awal mendapati suspek memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah hingga mendatangkan kecederaan di KM13.0 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) arah Sungai Dua, Butterworth hari ini.

Terdahulu, mangsa meninggal dunia adalah Muhamad Syaiful Hilmi Rosidi, 21, dan Muhammad Amin Najmi Azaman, 19.

Berita berkaitan

2 sahabat maut angkara pemandu mabuk

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Februari 2020 @ 2:28 PM