KEADAAN kedai makan berhampiran pondok bas di Taman Seri Rompin yang rosak selepas dirempuh lori.
KEADAAN kedai makan berhampiran pondok bas di Taman Seri Rompin yang rosak selepas dirempuh lori.
Abnor Hamizam Abd Manap


“SAYA terperanjat melihat lori itu bergerak ke arah gerai. Beberapa pelanggan turut tergamam sebelum lari menyelamatkan diri,” kata peniaga, Siti Sapiah Mohammad, 45.

Dalam kejadian jam 10 pagi semalam, gerai makan milik mangsa berhampiran pondok bas di Taman Seri Rompin di sini, rosak akibat kemalangan itu.

“Lori berisi tandan sawit itu dilihat diparkir di bahu jalan menuruni bukit kira-kira 30 meter dari gerai saya.

“Saya terkejut melihat lori itu bergerak menuruni bukit tanpa pemandu ke arah gerai

“Saya dan pelanggan yang berada di dalam gerai segera lari menyelamatkan diri. Mujur saya menyedari apa yang berlaku dan sempat memaklumkan pelanggan,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu kali pertama dialaminya sejak dia berniaga selama tujuh tahun di lokasi itu.

Katanya, gerai makan dan motosikal miliknya, kereta pekerja serta pacuan empat roda milik pelanggan mengalami kerosakan akibat rempuhan itu. Malah, sebuah kereta milik pekerja dan sebuah pacuan empat roda milik pelanggan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, siasatan awal mendapati lori itu bergerak sendiri menuruni bukit sebelum merempuh tiga kenderaan serta melanggar gerai makan dan pondok menunggu bas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Februari 2020 @ 6:20 AM