Hamzah Osman


JENTERA ‘Beach Comber’ berharga RM400,000 digunakan memastikan Pantai Kastam di Tanjung Rhu, Langkawi sentiasa bersih.

Pengurus Tihanis Resources, Datuk Syaharun Azli Abu Bakar berkata, jentera dari Belgium itu digunakan untuk bersih pantai sepanjang 1.8 kilometer.

“Jentera ini mampu membersih secara efektif sampah hanyut termasuk kayu, botol plastik dan bekas pembungkus makanan yang terdampar di pantai ini.

“Kaedahnya pasir digemburkan sedalam 15 sentimeter bagi mengeluarkan sampah, kemudian permukaan pantai diratakan semula,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian jentera itu, di Langkawi, hari ini.

Katanya, Tihanis Resources dilantik syarikat pengurusan sisa pepejal, Environment Idaman (E-Idaman) bagi membersihkan pantai itu.

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat, Juhari Bulat.

“Jentera ini mampu membersih 90 peratus sampah ringan yang terdampar di pantai sebelum memunggahnya ke dalam lori,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Februari 2020 @ 12:43 PM
JUHARI (kiri) diiringi Syaharun Azli memandu uji jentera 'Beach Comber' pada majlis perasmian. FOTO Hamzah Osman
JUHARI (kiri) diiringi Syaharun Azli memandu uji jentera 'Beach Comber' pada majlis perasmian. FOTO Hamzah Osman