GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
BERNAMA

PENGELUAR topeng hidung dan mulut tempatan akan meningkatkan pengeluaran mereka bagi menampung permintaan tinggi orang ramai susulan isu 2019 koronavirus baharu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, pihaknya mengadakan perbincangan dengan pihak pengeluar berhubung perkara tersebut.

“Sekarang ini permintaan begitu tinggi dan bekalan sekarang tidak dapat menampung permintaan. (Saya dimaklumkan) Bekalan berkurangan kerana banyak kilang yang tutup kerana cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina.

“Kita dah maklum pada pihak pengeluar dan mereka akan meningkatkan pengeluaran mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kempen Beli Barangan Malaysia bersama sebuah pasar raya di Kuala Lumpur, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 January 2020 @ 4:09 PM