GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Baharom Bakar


PERTEMBUNGAN sengit dijangka berlaku antara dua kumpulan pada pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bahagian Besut, pertengahan bulan depan.

Semua jawatan utama bermula daripada ketua bahagian, timbalan ketua bahagian dan naib ketua bahagian menyaksikan pertandingan dua penjuru antara kumpulan penyandang dan Transformasi Mantan Calon Parlimen Besut.

Kerusi ketua bahagian menyaksikan pertandingan dua penjuru apabila penyandang, Mohd Husaimi Husin dicabar Datuk Ir Wan Nazari Wan Jusoh.

Ir Wan Nazari yang juga bekas calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Besut pada Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU-14) yang juga ketua kumpulan Transformasi menawarkan diri untuk menentang Mohd Husaimi yang juga ketua penaja BERSATU bahagian Besut.

Penyandang timbalan ketua BERSATU bahagian Besut, Dr Che Ku Hashim Che Ku Mat yang menawarkan diri mengekalkan jawatan dicabar Wan Mohd Ariff Rashiddin Wan Jusoh juga seorang usahawan terkenal di daerah itu dalam pertandingan dua penjuru.

Jawatan Naib Ketua BERSATU Besut juga menyaksikan pertandingan dua penjuru apabila penyandang Zulkifli Awang Su yang turut menawarkan diri mengekalkan jawatan dicabar Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Hussin Awang Ngah.

Kumpulan penyandang diketuai Mohd Husaimi, dan dianggotai Mohd Ariff Rashiddin Hussin dijangka memberi saingan sengit kepada kumpulan Transformasi Mantan Calon.

Kumpulan Transformasi Calon diketuai Ir Wan Nazari, Dr Che Ku Hashim dan Hussin juga tidak akan memberi laluan mudah pada kumpulan Mohd Husaimi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 January 2020 @ 2:10 PM