KERETA Perodua Viva mangsa yang remuk teruk. FOTO Ihsan Info Bencana Terengganu.
KERETA Perodua Viva mangsa yang remuk teruk. FOTO Ihsan Info Bencana Terengganu.
Norizuan Shamsuddin


DUA lelaki maut apabila kereta dinaiki bertembung dengan lori lima tan di Kampung Lingai, Kuala Terengganu, hari ini.

Dalam kejadian 1.15 tengah hari itu, Nazli Nawi, 46, yang memandu Perodua Viva disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Manakala, penumpangnya Muhammad Nasrin Nasaruddin, 26, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) ketika rawatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, pemandu dan kelindan lori dilapor tidak cedera.

“Siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 January 2020 @ 6:05 PM