RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
Mohd Husni Mohd Noor


RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama anakandanya akan berangkat ke Tanah Suci, esok bagi menunaikan ibadah umrah.

Perkara itu dikongsi baginda menerusi ciapan di Twitter rasminya @cheminahsayang, malam ini.

Baginda bertitah supaya semua rakyat mendoakan keselamatan baginda sekeluarga ketika di Tanah Suci nanti.

“Esok saya dan anak-anak akan pergi mengerjakan ibadah umrah. Doakan kami selamat pergi dan balik serta sempurna menunaikan umrah,” titahnya.

Dalam pada itu, baginda turut berkongsi tiga ciapan di twitter mengenai berita keberangkatannya ke Tanah Suci dalam tulisan jawi.

Tiga ciapan dalam tulisan jawi berkenaan adalah:

'Doakan saya sekeluarga selamat menunaikan umrah'

'Tak sabar nak jadi tetamu Allah.

'Selamat Malam Malaysia'.

Ciapan terbaru baginda itu mendapat perhatian warganet dan rata-rata mereka mendoakan agar keberangkatan baginda ke Tanah Suci dilindungi Allah S.W.T.

Shakirah menerusi akaun, @shakirah2335 berkata: “Moga dipermudahkan semuanya Tuanku,” katanya.

Manakala, FNB menerusi akaun, @nad4111 berkata, ‘Semoga Tuanku sekeluarga sampai dan balik dengan selamat.’

“Allahumma aamiin, semoga Tuanku sekeluarga selamat sampai dan balik. Semoga mendapat umrah yang mabrur. Sampaikan salam kami kepada kekasih Allah S.W.T, Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Disember 2019 @ 11:00 PM