PUTERI Sarah kini di Tanah Suci. FOTO Instagram Puteri Sarah
PUTERI Sarah kini di Tanah Suci. FOTO Instagram Puteri Sarah

Kuala Lumpur: Pelakon, Puteri Sarah Liyana berkongsi rasa bahagia atas kurniaan rezeki dan peluang untuk menunaikan ibadah umrah sekali lagi dan menggambarkan Tanah Suci sebagai lokasi untuk dia menenangkan fikiran. 

Rasa bahagia itu dikongsikan Sarah menerusi hantaran Instagram, sekali gus menjawab pertanyaan beberapa pihak, yang bertanya  kenapa dia agak kerap menunaikan umrah. 

"Ramai yang tanya, kenapa asyik pergi umrah saja? Berapa kali pergi umrah? Tak ada had pun. Ini rezeki saya. Ini adalah tempat saya menenangkan fikiran sambil beribadah dan muhasabah diri sendiri. 

"Insya-Allah, siapa yang baca (hantaran) ini, Sarah doakan semoga anda semua dijemput ke rumah Allah juga," tulisnya di Instagram. 

Pertama kali menunaikan ibadah umrah secara solo, Sarah bersyukur kerana segala urusannya di Tanah Suci selama 13 hari dipermudahkan. 

"Buat pertama kali dalam hidup, Sarah pergi sendirian dan Alhamdulillah, Allah permudahkan semua," tulisnya. 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Disember 2023 @ 2:47 PM