GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Siti A’isyah Sukaimi


HARGA runcit petrol RON97 turun sembilan sen kepada RM2.59 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.

Minggu lalu harga runcit RON97 adalah RM2.68 seliter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata, harga terkini berkenaan berkuat kuasa 12 tengah malam ini sehingga 1 November depan.

Katanya, ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit RON95 dan diesel bagi tempoh sama, masing-masing sepatutnya RM2.29 seliter. Ia juga menunjukkan penurunan dari minggu lalu,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, untuk mengekalkan harga runcit bagi RON95 dan diesel, kerajaan menanggung subsidi berjumlah RM87.28 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Oktober 2019 @ 5:43 PM