PEGAWAI Tenaga Nasional  Berhad (TNB) memeriksa kawasan kebakaran yang membabitkan 11 rumah selepas menyerah bil Penutupan akaun TNB di Kampung Padang Pohon Tanjong, Wakaf Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
PEGAWAI Tenaga Nasional Berhad (TNB) memeriksa kawasan kebakaran yang membabitkan 11 rumah selepas menyerah bil Penutupan akaun TNB di Kampung Padang Pohon Tanjong, Wakaf Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Muhamaad Razis Ismail


DUA beradik yang ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung kebakaran 12 rumah di Kampung Padang Pohon Tanjong, Wakaf Bharu di Tumpat, dilepaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, dua kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun itu dilepaskan selepas keterangan mereka diambil.

“Kini dua beradik itu dijaga datuk mereka di Kota Bharu dan dipantau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas mendapati mereka tidak mendapat perhatian sempurna daripada ibu bapa yang sudah berpisah.

“Kertas siasatan juga sudah dirujuk kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan dua beradik direman selepas dipercayai terbabit dalam beberapa kejadian kebakaran di Kampung Pohon Tanjung, di sini.

Sebelum ini, empat kebakaran berlaku di kampung itu dalam tempoh empat bulan dan terbaru membabitkan rumah kanak-kanak itu sendiri.

Tiga kejadian sebelum ini adalah seminggu sebelum Aidilfitri, dua hari sebelum Aidiladha dan pada 28 Ogos lalu menjadikan semuanya 11 unit rumah kediaman dan satu salun rambut.

Berita berkaitan

Dua kanak-kanak cilik ditahan

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 September 2019 @ 4:23 PM