GAMBAR Hiasan
GAMBAR Hiasan
Zatul Iffah Zolkiply


BAPA bukan hanya tergamak merogol anak kandungnya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) kategori masalah pembelajaran tetapi dipercayai turut merakam perbuatan terkutuknya itu.

Perbuatan lelaki berusia 41 tahun itu terbongkar selepas isterinya yang juga ibu mangsa berusia 33 tahun melihat rakaman video itu di telefon bimbit suaminya di rumah mereka di Marang Jumaat lalu.

Menurut sumber, isteri lelaki itu kemudian bertanya kepada anaknya berusia 12 tahun sebelum mangsa memaklumkan dipaksa melakukan perbuatan terkutuk itu.

Katanya, suspek mengajak mangsa mengikutnya mengutip buah duku di belakang rumah pada 5 pagi Sabtu lalu.

“Mangsa memaklumkan dia dirogol suspek di beranda rumah ibu saudaranya yang terletak di belakang rumah mereka.

“Wanita itu kemudian membawa anak sulung daripada dua beradik itu ke klinik kesihatan berhampiran semalam untuk pemeriksaan.

“Susulan laporan dibuat, suspek yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan di sebuah kedai perkakasan di Wakaf Tapai malam tadi,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Amran @ Muhammad Zaki Omar ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

Katanya, suspek kini direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 376(b) Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 September 2019 @ 6:03 PM