KEADAAN sekitar bandaraya Kuching yang berjerebu selepas mencatatkan bacaan IPU 232. FOTO L MANIMARAN
KEADAAN sekitar bandaraya Kuching yang berjerebu selepas mencatatkan bacaan IPU 232. FOTO L MANIMARAN
Mohd Roji Kawi


TIGA lokasi di Sarawak hari ini mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat, meningkat satu kawasan berbanding dua, semalam.

Kawasan terbaharu mengalami kesan teruk fenomena jerebu ialah Sri Aman yang mencatat IPU 229 pada jam 8 pagi ini.

Kuching dan Samarahan terus mencatat IPU sangat tidak sihat, masing-masing 232 dan 213.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata, enam lagi Stesen Pengawasan Udara Automatik mencatat IPU tidak sihat.

Stesen terbabit ialah Sarikei yang mencatat IPU 164, Miri (149), SK Baram (107), ILP Miri (137), Sibu (161) dan Mukah (101).

Sementara itu, empat stesen mencatat bacaan pada tahap sederhana iaitu Bintulu (84), Samalaju (65), Kapit (69) dan Limbang (77).

“Enam jumlah tompok panas dikesan di Sarawak manakala Kalimantan (1,041) dan Sumatera sebanyak 134.

“Angin yang terus bertiup dari arah Kalimantan, Indonesia memburukkan lagi keadaan jerebu di Sarawak,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 September 2019 @ 8:33 AM