LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
Muhamaad Razis Ismail


POLIS memburu seorang lelaki yang menetak bekas isterinya menggunakan golok di hadapan sebuah bank, di Kuala Krai, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, mangsa berusia 48 tahun tahun dikejarkan ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk rawatan lanjut berikutan putus urat tendon (urat yang menghubungkan tisu dan tulang).

Suami mangsa berusia 45 tahun turut cedera di jari dan lengan berikutan berlaku pergelutan ketika menyelamatkan isterinya.

Suspek yang juga warga Pakistan berusia 50-an bagaimanapun melarikan diri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Wan Fauzi Wan Ishak, berkata, pihaknya menyerbu rumah suspek di Kampung Sedek, di Kuala Krai malam tadi, namun lelaki itu sudah melarikan diri.

“Kita percaya suspek masih bersembunyi dalam daerah ini dan gerakan memburu suspek giat dilakukan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dengan senjata,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ditanya mengenai keadaan mangsa, Wan Fauzi berkata, wanita itu dijangka menjalani pembedahan bagi penyambungan urat yang putus hari ini.

Harian Metro melaporkan seorang wanita parah selepas ditetak beberapa kali oleh bekas suaminya dengan golok.

Suspek dikatakan berbuat demikian selepas cemburu bekas isterinya berkahwin pada April lalu.

Suspek mengekori mangsa dengan motosikal sebelum menyerangnya di hadapan sebuah bank.

Berita berkaitan

Parah ditetak bekas suami

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Ogos 2019 @ 9:58 AM