Mayat ditemui rentung dalam kebakaran lot kedai di Jalan Reko, Kajang hari ini. FOTO Ihsan JBPM
Mayat ditemui rentung dalam kebakaran lot kedai di Jalan Reko, Kajang hari ini. FOTO Ihsan JBPM
Muhaamad Hafis Nawawi


MAYAT belum dikenal pasti identiti ditemui rentung dalam kebakaran lot kedai di Jalan Reko, Taman Sahabat, Kajang hari ini.

Komander Operasi, Mohamad Syahrul Hafizi Norisham berkata, Pusat Gerakan Operasi Selangor menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada 1.24 tengah hari.

Menurutnya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, BBP Serdang dan BBP Semenyih diarahkan ke lokasi untuk memadamkan kebakaran.

“Sebaik tiba didapati kebakaran membabitkan sebuah kedai yang terbakar 20 peratus di bahagian belakang.

“Terdapat seorang mangsa rentung dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Ogos 2019 @ 6:06 PM