HASSAN Awang Kechik, 70, mengangkat janin yang meninggal dunia dalam kandungan Wan Hasheliza untuk dikebumikan, hari ini. FOTO Fathil Asri.
HASSAN Awang Kechik, 70, mengangkat janin yang meninggal dunia dalam kandungan Wan Hasheliza untuk dikebumikan, hari ini. FOTO Fathil Asri.
Muhamaad Razis Ismail


JENAZAH suami isteri dan janin yang maut akibat terkena renjatan elektrik di Sungai Buloh, Selangor, semalam, selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kampung Lembah, Pasir Puteh, hari ini.

Wan Hasheliza Wan Ibrahim, 29, suaminya, Shahril Apipie Mokhtar, 29, dan janin berusia lapan bulan, dikebumikan dalam satu liang lahad.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan apabila kira-kira 100 ahli keluarga dan penduduk hadir memberi penghormatan terakhir.

Terdahulu, ketiga-tiga jenazah tiba pada 8.30 pagi dari dari Hospital Sungai Buloh sebelum disembahyangkan di rumah keluarga Allahyarham Wan Hasheliza di Kampung Sepulau, Pasir Puteh.

PASANGAN suami isteri yang maut dalam kemalangan di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lembaga. FOTO RAMLI IBRAHIM
PASANGAN suami isteri yang maut dalam kemalangan di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lembaga. FOTO RAMLI IBRAHIM

Bapa arwah, Wan Ibrahim Awang Kechik, 59, berkata, dia reda dengan pemergian anak kedua daripada lima beradik bersama menantu serta cucunya yang dijangka dilahirkan September ini.

“Siapa yang tidak sedih apabila kehilangan tiga orang tersayang serentak, tambahan pula anak sulung, Wan Hashimah baru saja meninggal dunia Ogos tahun lalu.

“Bagaimanapun, pak cik terima ketentuan Illahi dan menganggap apa yang berlaku ini sudah takdir mereka,” katanya ketika ditemui.

Harian Metro semalam melaporkan empat termasuk suami isteri maut terkena renjatan elektrik selepas tangga separa siap di rumah sewa mereka runtuh di Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh.

Dalam kejadian 12.50 tengah hari itu, pasangan itu bersama janin meninggal dunia di lokasi. Jiran mereka, Mohd Radezi Abdul Aziz, 35, dan Bambang Sulistio, 39, turut maut.

Berita berkaitan

Kecoh bertukar senyap [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Julai 2019 @ 12:14 PM