Vivo

SENTIASA melangkah setapak ke hadapan terlebih dahulu dalam dunia telekomunikasi dan mudah alih, Vivo tampil memperkenalkan inovasi 5G dalam beberapa peranti pintar dan aplikasinya yang didayakan menggunakan rangkaian itu.

Perkara itu diumumkan Vivo di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) Shanghai 2019 baru-baru ini.

Ia bukan suatu yang pelik kerana sebelum ini Vivo sudah pun mengumumkan strateginya mempercepatkan inovasi berkenaan bagi merentasi peranti pintar dan aplikasinya, khas untuk era 5G.

Strategi terdahulu dibuktikan dengan Vivo NEX 5G yang merupakan telefon pintar 5G pra komersil pertama yang diperkenalkan olehnya sebelum ini.

Justeru, tanpa melengahkan masa lagi menurut Vivo, kini pihaknya akan melancarkan telefon pintar 5G komersilnya menjelang suku ketiga tahun ini.

Menerusi rangkaian 5G dan telefon pintar 5G, syarikat itu juga mempamerkan pelbagai aplikasi 5G termasuk kacamata AR, jam pintar, fon kepala pintar dan banyak lagi.

Ia khusus untuk menyokong keperluan pengguna berhubung dengan dunia digital dan fizikal.

Pada acara sama, Vivo turut mempamerkan pelbagai aplikasi 5G yang bakal disokong pada telefon pintar 5G keluarannya iaitu 5G Cloud Game, 5G Screen Mirroring, 5G EasyShare dan banyak lagi.


Sebagai contoh, aplikasi 5G Cloud Game membolehkan aktiviti permainan mudah alih dimainkan secara terus menggunakan rangkaian berkelajuan tinggi 5G dan bukannya disimpan di dalam peranti itu sendiri.

Ini bermakna, pengguna tidak perlu memasang aplikasi permainan itu di dalam peranti mereka tetapi sebaliknya ia boleh disimpan pada cloud.

Melalui perkhidmatan 'cloud rendering', video dan audio disiarkan secara masa benar ke peranti.

Dengan memindahkan pemprosesan dari peranti kepada cloud, pengguna kini boleh menikmati kualiti gambar definisi tinggi dan pengalaman permainan video berlatensi rendah.

Perkara yang sama juga diaplikasikan kepada 5G Screen Mirroring and 5G EasyShare di mana pengguna tidak perlu lagi untuk memuat turun applikasi tambahan dengan perkhidmatan berkemampuan 5G ini.

Tambah menarik, Vivo juga melancarkan Vivo AR Glass pertamanya yang menyokong paparan dwi skrin dan Teknologi 6DoF.


Vivo AR Glass merupakan kaca mata Realiti Tambahan (AR) pertama dibangunkan oleh Vivo yang menyokong dua paparan skrin dan juga dilengkapi dengan teknologi penjejakan 6DoF.

Apabila ia disambungkan ke telefon pintar dengan sokongan 5G, pengguna boleh merasai sendiri pelbagai fungsi hebat yang disokong iaitu permainan AR, pejabat mudah alih, tayangan video 3D berdefinisi tinggi, pengecaman wajah dan juga pengecaman objek.


Vivo AR Glass akan memaparkan kandungan yang sudah dipilih dan telefon pintar dengan sambungan 5G boleh digunakan bagi mengawal segala aktiviti tersedia pada peranti ini.

Sebagai contoh, telefon pintar 5G itu boleh digunakan sebagai alat kawalan konsol apabila bermain permainan AR atau digunakan sebagai papan kekunci apabila anda mengakses menu pejabat mudah alih.


Apa lagi selepas ini? Sudah tentu semua yang terbaik daripada Vivo.

Sebelum itu, saksikan video khas di https://www.facebook.com/vivoMalaysia/videos/389870848543142/ mengenai teknologi 5G dan Vivo AR Glass untuk ketahui bagaimana ia mampu mengubah kehidupan anda.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Vivo Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Julai 2019 @ 11:33 AM