GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Mohd Azam Shah Yaacob


AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai Datuk Hasan Abd Rahman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dan akan didakwa di mahkamah esok susulan penyelewengan peruntukan inisiatif Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata, selain Hasan turut ditahan kerani Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN), Khuzaimah Abdullah.

“Kedua-duanya sudah dibebaskan dengan ikat jamin SPRM hari ini dan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh esok.

“Kedua-duanya terbabit kes penyelewengan dana NBOS pada 2016 yang disalurkan kepada JAPERUN Melaka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penahanan dan pendakwaan terhadap Hasan dibuat susulan portfolionya selaku bekas Pengerusi JAPERUN Melaka dan terbabit penyelewengan dana Inisiatif Rangkaian Strategik (Strategic Linkage Initiative) NBOS 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Julai 2019 @ 5:37 PM