Antara rokok seludup yang dirampas PPM Wilayah Dua semalam. FOTO Ihsan PDRM
Antara rokok seludup yang dirampas PPM Wilayah Dua semalam. FOTO Ihsan PDRM
Mohd Sabran Md Sani


PASUKAN Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas 496 karton rokok pelbagai jenama disyaki diseludup bernilai RM67,291 dalam serbuan di premis kedai di Jalan Sri Stulang, Taman Sri Stulang, Johor Bahru semalam.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khui Khon Chiang berkata, rampasan rokok mengikut Akta Kastam dilakukan Team Ops Landai PPM W2 Tampoi pada 4 petang.

“Serbuan berjaya menahan lelaki warga Indonesia dan pemeriksaan lanjut ke atas premis itu menemui sejumlah rokok disyaki tidak bercukai kastam di bahagian kaunter.

“Pemeriksaan susulan menemui rokok tidak bercukai kastam disimpan dalam bilik berasingan di tingkat atas premis itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tujuh pegawai bersama enam anggota membuat serbuan ke atas premis itu.

Katanya, 496 karton rokok pelbagai jenis dirampas sebelum dibawa ke markas PPM W2 Tampoi untuk proses dokumentasi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Jun 2019 @ 3:18 PM