HASSAN Basri (tengah) menerima replika cek berjumlah RM495,500 daripada Muhammad Nur Manuty pada Majlis Iftar Perdana, malam tadi. FOTO Mohd Aizat Shamsuddin
HASSAN Basri (tengah) menerima replika cek berjumlah RM495,500 daripada Muhammad Nur Manuty pada Majlis Iftar Perdana, malam tadi. FOTO Mohd Aizat Shamsuddin
Mohd Aizat Shamsuddin


SERAMAI 9,910 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bakal menerima sumbangan duit raya menjelang Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, sumbangan duit raya itu membabitkan peruntukan sebanyak RM495,500 yang akan diberikan kepada semua pelajar yang mengambil pengajian diploma dan ijazah.

Katanya, setiap pelajar akan menerima duit raya sebanyak RM50 setiap seorang termasuk pelajar bukan Muslim.

“Sumbangan duit raya kepada semua pelajar diploma dan ijazah ini julung kali diadakan oleh UniSZA manakala majlis iftar menjadi tradisi UniSZA setiap kali Ramadan.

“Sumbangan duit raya ini mencerminkan komitmen universiti dalam menjaga kebajikan pelajar.

“Universiti juga berhasrat menyuburkan budaya kasih sayang dan berharap pelajar gembira sepanjang belajar di UniSZA” katanya pada Majlis Iftar Perdana bersama pelajar dan komuniti di sekitar UniSZA, Kuala Nerus, malam tadi.

Turut hadir dalam program itu ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Datuk Dr Muhammad Nur Manuty serta Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mei 2019 @ 4:18 PM