Shamsul Munir Safini


MAHKAMAH Majistret Georgetown hari ini membenarkan perintah reman tujuh hari ke atas lima daripada 22 pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Perintah reman dikeluarkan Majistret L Umma Devi selepas kelima-lima mereka hadir diiringi pegawai SPRM 10 pagi tadi.

Baki 17 lagi pegawai JPJ yang ditahan semalam, dibebaskan selepas diambil keterangan hari ini.

Semalam SPRM menahan 22 lagi pegawai penguatkuasa JPJ yang terbabit dengan kes melindungi lori tanah lebih muatan di negeri ini.

Sumber SPRM berkata, kesemua 22 pegawai penguatkuasa JPJ gred 19 hingga 32 yang baru ditahan semalam dipercayai menerima bayaran bulanan sebanyak RM10,000 sebulan.

Katanya, sejak Selasa sehingga hari ini seramai 55 individu termasuk 46 pegawai JPJ ditahan pihaknya bagi membantu siasatan dan dijangka lebih ramai akan ditahan bagi tujuan itu.

Menurutnya, kesemua 22 lelaki berusia lingkungan 32 hingga 55 tahun berkenaan ditahan hari ini di Pejabat SPRM negeri antara 10 pagi hingga 4.15 petang semalam.

Rabu lalu, seramai 30 individu termasuk 24 penguatkuasa JPJ direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Georgetown sebelum lima lagi direman hari ini.

Berita berkaitan

[UPDATE] Penahanan 22 lagi anggota JPJ di luar jangka [METROTV]

Panggil 'bos' JPJ Pulau Pinang jika perlu - SPRM

[UPDATE] 'Kerja seperti biasa'

[UPDATE] 'Tiada kompromi pegawai terbabit rasuah'

[UPDATE] 'Operasi JPJ Pulau Pinang tak lumpuh' [METROTV]

Sticker 'kebal'

24 anggota JPJ direman tujuh hari [METROTV]

Bas SPRM bawa tahanan terbakar [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 April 2019 @ 11:19 AM
ANGGOTA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa lima penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Georgetown. FOTO Danial Saad
ANGGOTA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa lima penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Georgetown. FOTO Danial Saad