SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah pada Majlis Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal  Ke Dua Dewan Negeri Selangor Ke Empat Belas Tahun 2019, di Bangunan Dewan Negeri Selangor, Shah Alam. Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. FOTO Roslin Mat Tahir
SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah pada Majlis Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ke Dua Dewan Negeri Selangor Ke Empat Belas Tahun 2019, di Bangunan Dewan Negeri Selangor, Shah Alam. Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. FOTO Roslin Mat Tahir
Siraj Mohd Zaini


SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah semua sekolah swasta tahfiz yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ditutup serta ditamatkan perkhidmatannya.

Baginda bertitah, terdapat sejumlah 15,000 pelajar tahfiz di 263 sekolah swasta tahfiz yang berdaftar dengan JAIS sehingga kini.

"Beta menitahkan sekolah-sekolah swasta tahfiz yang tidak berdaftar dengan JAIS dan tidak mempunyai kokurikulum dan sistem pendidikan akademik moden hendaklah ditutup dan ditamatkan perkhidmatannya," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di Shah Alam, hari ini.

Turut berangkat hadir Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Sementara itu, Sultan Sharafuddin turut bertitah supaya pegawai kerajaan Selangor termasuk yang berkhidmat di pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat bekerja dengan bersungguh-sungguh, berintegriti dan memberikan komitmen tinggi kepada tugas diamanahkan.

Baginda bertitah, antara perkara yang perlu diatasi oleh PBT pada masa ini ialah memastikan sisa pepejal dapat diuruskan dengan sistematik dan berkesan.

"Sampah-sarap di sesebuah kawasan hendaklah dilupuskan dengan cara yang terbaik supaya tidak akan timbul masalah longgokan sampah yang tidak terkawal serta boleh mengakibatkan pencemaran bau dan membawa penyakit.

"Selain daripada itu, pihak PBT perlu mengawasi dan mengambil tindakan yang tegas kepada pengusaha-pengusaha restoran dan kedai makan yang tidak menjaga kebersihan untuk memastikan kesejahteraan rakyat terjamin," titahnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mac 2019 @ 11:28 AM