KILANG perabot dan cermin musnah dalam kebakaran. FOTO Ihsan Pembaca
KILANG perabot dan cermin musnah dalam kebakaran. FOTO Ihsan Pembaca
Shamsul Munir Safini


KILANG perabot dan cermin musnah dalam kebakaran di Jalan Paya Terubong, Air Itam, malam tadi.

Dalam kejadian 8 malam, kilang perabot itu musnah 90 peratus, manakala kilang cermin bersebelahannya musnah 80 peratus.

Komander Operasi Balai Bomba Paya Terubong, Pegawai Bomba Kanan II Yusri Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 8.10 malam sebelum bergegas ke lokasi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati api marak memusnahkan dua kilang itu.

“Kebakaran dapat dikawal pada 9.21 malam dan kerja pemadaman dijalankan bagi memastikan api tidak merebak,” katanya kepada wartawan Harian Metro.

Katanya, punca dan kerugian akibat kebakaran masih disiasat dan tiada kecederaan dilaporkan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mac 2019 @ 12:23 AM