PEGAWAI khas Menteri Besar Johor, Syed Othman Syed Ali (tengah) menunjukkan laporan polis mengenai mesej palsu yang tular ketika sidang media di Pasir Gudang. FOTO Ibrahim Isa
PEGAWAI khas Menteri Besar Johor, Syed Othman Syed Ali (tengah) menunjukkan laporan polis mengenai mesej palsu yang tular ketika sidang media di Pasir Gudang. FOTO Ibrahim Isa
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


PEGAWAI Khas Menteri Besar Johor dan Pakatan Harapan Pasir Gudang membuat laporan polis susulan penyebaran berita palsu berhubung isu pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang.

Pegawai Khas Menteri Besar, Syed Othman Abdullah berkata, berita palsu terbabit tersebar sejak kelmarin di laman sosial menyebabkan penduduk setempat panik.

“Susulan itu, saya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam pada 6 petang semalam.

“Kami menggesa polis dan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyebarkan berita palsu,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Syed Othman berkata, mesej yang tular itu mengatakan seorang penduduk meninggal dunia akibat pencemaran berkenaan.

“Mesej itu tidak benar, malah setakat ini tiada kematian akibat pencemaran berkenaan.

“Selain itu mesej berkenaan turut memberitahu bahawa kawasan di Kota Masai sudah tidak selamat didiami,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut menarik dua laporan polis yang dibuat kelmarin, kerana dua individu yang menyebarkan berita palsu sudah memohon maaf secara terbuka.

“Saya berharap orang ramai berhati-hati dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat bagi mengelak keadaan panik,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan gas beracun Sungai Kim Kim
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mac 2019 @ 12:59 PM