MAKLUMAT yang ditularkan di media sosial.
MAKLUMAT yang ditularkan di media sosial.
Izlaily Nurul Ain Hussein


JABATAN Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan berlaku kematian dalam insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Dr Selahudeen Abd Aziz berkata, maklumat tular di media sosial yang dimuat naik seorang pengguna Facebook (FB), tidak benar.

“JKNJ ingin menafikan kenyataan yang kini tular di media sosial, yang dimuat naik seorang pengguna laman FB yang menggunakan nama Sazali Samsudin, semalam.

“JKNJ ingin menegaskan sehingga kini, tiada sebarang kematian rentetan daripada kejadian pembuangan sisa toksik itu,” katanya dalam kenyataan media , hari ini.

Pada masa sama, beliau ingin menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada mempercayai maklumat palsu yang boleh menimbulkan kerisauan pelbagai pihak.

“Kami menyeru supaya masyarakat lebih peka dan hanya mendapatkan maklumat sahih dari pihak berwajib.

“Maklumat terkini dari semasa ke semasa berkaitan keadaan dan situasi akan disiarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri,” katanya.

Berita berkaitan

Sungai Klang pula tercemar

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2019 @ 2:35 PM