KEADAAN motosikal ditunggang anggota TLDM yang maut selepas melanggar pokok di Kilometer 6, Ayer Tawar-Sitiawan. FOTO Ihsan Pembaca
KEADAAN motosikal ditunggang anggota TLDM yang maut selepas melanggar pokok di Kilometer 6, Ayer Tawar-Sitiawan. FOTO Ihsan Pembaca
Noor Hidayah Tanzizi


ANGGOTA Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat Laskar Kanan maut selepas motosikal ditungganginya terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 6, Ayer Tawar-Sitiawan, Manjung, hari ini.

Dalam kejadian 7.15 pagi, Mohd Fadzli Othman, 36, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa menunggang motosikal Honda EX5 dari Ipoh menghala ke arah Lumut.

“Apabila tiba di tempat kejadian dipercayai motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok di bahu jalan mengakibatkan mangsa parah dan maut di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian di hantar ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mac 2019 @ 3:54 PM