KENDERAAN yang musnah dalam kebakaran di Prima Damansara, Petaling Jaya, hari ini.
KENDERAAN yang musnah dalam kebakaran di Prima Damansara, Petaling Jaya, hari ini.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


EMPAT kenderaan musnah dalam kebakaran di Jalan PJU 10/9, Prima Damansara, Petaling Jaya, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.32 petang, api dipercayai bermula dari sebuah trak makanan yang dipandu seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pemandu trak makanan berkenaan berhenti di tepi jalan dan berjaya menyelamatkan diri.

“Bagaimanapun, tiga kenderaan yang diparkir di tepi jalan berkenaan turut terbakar.

“Kebakaran turut memusnahkan sebuah Proton Iswara, manakala dua lagi kenderaan rosak di bahagian belakang dan hadapan,” katanya.

Mohd Zani berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh berjaya mengawal kebakaran.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 January 2019 @ 10:13 PM