ZAWAWI Wahab, 42 membawa  isterinya Nursyahida Abdullah, 36 yang pengsan selepas melihat ketiga-tiga anak mereka yang lemas di pantai Sura Tengah di bilik forensik Hospital Dungun. FOTO Imran Makhzan
ZAWAWI Wahab, 42 membawa isterinya Nursyahida Abdullah, 36 yang pengsan selepas melihat ketiga-tiga anak mereka yang lemas di pantai Sura Tengah di bilik forensik Hospital Dungun. FOTO Imran Makhzan
Rosli Ilham


SUASANA pilu dan hiba menyelubungi Bilik Forensik Hospital Dungun selepas kesemua jenazah tiga beradik yang lemas dipukul ombak, ditemui hari ini.

Kesemua ahli keluarga termasuk ibu bapa mangsa, Zawawi Wahab, 42, dan Nur Syahida Abdullah, 36, kini berada di Bilik Forensik Hospital Dungun untuk menunggu selesai proses bedah siasat.

Ibu mangsa, Nur Syahida kelihatan sangat sedih sehingga pengsan beberapa kali sebaik melihat jenazah ketiga-tiga anaknya diusung anggota polis.

Jenazah Nurain Sofia Zawawi, 8, ditemui ditemui Pasukan Mencari Dan Menyelamat SAR, 7.48 pagi dalam jarak lima kilometer dari tempat kejadian.

JENAZAH Nurain Salsabila Zawawi, 6, dibawa naik melalui Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia LKIM Dungun sebelum dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut. FOTO Rosli Ilham
JENAZAH Nurain Salsabila Zawawi, 6, dibawa naik melalui Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia LKIM Dungun sebelum dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut. FOTO Rosli Ilham

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, jenazah kedua, Nurain Salsabila Zawawi, 6, ditemui 9.40 pagi kira-kira satu kilometer dari darat.

Menurutnya, jenazah kakak mangsa, Nurain Fatma, 10, pula ditemui penduduk Kampung dalam jarak lima kilometer dari lokasi kejadian, pada 11.03 pagi.

“Kesemua jenazah tiga beradik itu dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut. Sebaik selesai proses bedah siasat, kesemua jenazah itu akan dibawa pulang ke kampung neneknya di Rantau Panjang Kelantan untuk dikebumikan,” katanya.

Katanya, operasi SAR yang disambung 7.30 pagi tadi membabitkan seramai 73 anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) serta penduduk kampung.

“Dengan penemuan kesemua mangsa, kita telah menutup Bilik Gerakan Operasi,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Zawawi Wahab, 42, berkata, biarpun sedih, dia bersyukur kesemua jenazah anaknya telah dijumpai.

Berita berkaitan

[UPDATE] Mayat dua daripada tiga beradik lemas ditemui

Guna kaedah pencarian di pesisir pantai

'[UPDATE] Tiga beradik berpelukan selepas dipukul ombak'

'Tiga beradik hilang ditarik ombak'

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Disember 2018 @ 12:44 PM