LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
Recquael Raimi


POLIS mengesahkan pemandu bas yang terbabit nahas mengakibatkan lima maut termasuk tiga pensyarah wanita di Kota Marudu, hari ini, sudah ditahan malam ini.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, lelaki berusia 49 tahun itu ditahan selepas menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kota Marudu.

Katanya, pemandu bas terbabit mengalami cedera ringan susulan kemalangan itu.

“Pemandu bas ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya menerusi kenyataan, malam ini.

Dalam nahas kira-kira jam 4.30 petang di kawasan Kampung Surun-Surun, Jalan Marak Parak, bas membawa 41 orang termasuk pemandu terbabas sebelum terbalik.

Ketika kejadian, bas berkenaan yang membawa staf Politeknik Sandakan dan ahli keluarga mereka dalam perjalanan dari Sandakan ke Kudat untuk program hari keluarga.

Susulan kemalangan itu, tiga pensyarah wanita dan seorang lelaki maut di tempat kejadian, manakala kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kota Marudu.

Berita berkaitan:

  • [UPDATE] Tiga pensyarah wanita, budak dua tahun terkorban
  • Lima penumpang bas maut
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 November 2018 @ 10:29 PM