KEADAAN jambatan Ulu Rokan yang runtuh. FOTO ihsan pembaca
KEADAAN jambatan Ulu Rokan yang runtuh. FOTO ihsan pembaca
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


JAMBATAN Ulu Rokan menyeberangi Sungai Gemencheh di Kilometer 3.5 Jalan Gemencheh-Dangi, Tampin runtuh akibat peningkatan paras air dan arus deras selepas hujan lebat selama beberapa jam, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian 7.30 malam itu menyebabkan laluan kedua-dua arah di jalan berkenaan terpaksa ditutup bagi kerja baik pulih.

"Hujan lebat sejak 6 petang menyebabkan air Sungai Gemencheh melimpah sekali gus menghakis tebing jambatan berkenaan sebelum ia runtuh.

"Jambatan yang menghubungkan laluan dari Dangi, Kuala Pilah ke Gemas dan Gemencheh itu terpaksa ditutup bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Bagaimanapun sehingga petang tadi, motosikal masih dibenarkan melalui jambatan itu" katanya kepada NSTP, malam tadi.

Ramli berkata, pengguna jalan raya perlu menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Kebun untuk sementara waktu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 November 2018 @ 11:23 PM