TUN Dr Mahathir Mohamad. FOTO arkib NSTP
TUN Dr Mahathir Mohamad. FOTO arkib NSTP
Nadia Hamid dan Veena Babulal

PENGERUSI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata UMNO perlu dibubarkan kerana sudah tiada.

Dr Mahathir berkata, UMNO hanya tinggal badan (nama) yang tidak lagi memperjuangkan bangsa, agama dan negara.

"Secara benar, sudah tiada UMNO cuma satu badan, prinsip perjuangnya sudah tidak ada.

"Apa perlunya ahli UMNO kekal dalam parti yang sudah tinggal perjuangnya, yang utamakan duit, ‘cash is king’?

"Sebab itu, UMNO perlu dibubar," katanya dalam satu temubual yang dimuat naik di platform media sosial BERSATU, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan Dr Mahathir meminta beliau membubarkan UMNO dan menyertai BERSATU.

Dr Mahathir berkata, UMNO, parti yang sudah begitu lama berjuang untuk dipandang tinggi satu ketika dahulu, disifatkan sebagai sudah tidak mendapat tempat dalam hati rakyat.

"Dulu, UMNO tidak pernah kalah. UMNO kalah sejak menyeleweng disebabkan pemimpin yang utama duit, ‘cash is king’, daripada perjuangan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 November 2018 @ 5:36 PM