Manirajan Ramasamy

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan veteran DAP, Lim Kit Siang dilantik sebagai anggota baharu ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Kedua-dua mereka hadir pada mesyuarat Majlis Presiden PH di Yayasan Kepemimpinan Perdana, yang dipengerusikan oleh Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad, di Putrajaya, hari ini.

Setakat ini, empat anggota gabungan PH terdiri daripada PPBM, PKR, DAP dan Amanah kini mempunyai lima ahli daripada setiap parti dalam Majlis Presiden berkenaan.

Secara keseluruhan, Majlis Presiden PH terdiri daripada 22 anggota dari keempat-empat parti termasuk Anwar dan Kit Siang.

Antara ahli Majlis Presiden PH termasuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PAN Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Mesyuarat pertama Majlis Presiden PH berlangsung pada 11 Mei lalu selepas keempat-empat parti berkenaan membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 November 2018 @ 9:42 PM
DR Mahathir ketika sidang media selepas mempengerusikan Majlis Presiden Pakatan Harapan. Turut kelihatan Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Dalam Negeri merangkap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tokoh Veteran DAP, Lim Kit Siang. FOTO Mohd Fadli Hamzah