LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
LAPORAN Harian Metro, sebelum ini.
BERNAMA

POLIS hari ini, menahan seorang lelaki berusia 30-an yang disyaki menetak isterinya yang berusia 27 tahun hingga mati di Perumahan Pekerja Ladang Pintasan 5B dekat Kinabatangan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supritendan A Sahak Rahmat berkata, dalam kejadian malam tadi, beberapa anggota pengawal keselamatan ladang dikatakan mengejar lelaki berkenaan sehingga ke sungai berhampiran, namun penganggur itu dapat meloloskan diri.

“Siasatan awal mendapati, pada awalnya jiran pasangan itu mendakwa hanya melihat lelaki itu berada di luar rumah sambil memegang sebilah parang di tangannya kira-kira 8 malam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, suami isteri warga Indonesia itu didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Mangsa yang bekerja sebagai pemungut biji kelapa sawit di ladang, ditemukan terbaring di ruang tamu rumah pekerja dengan kesan beberapa tetakan di muka, kepala serta putus tiga jari kanan.

A Sahak berkata kejadian dipercayai berpunca akibat perselisihan faham antara mereka dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan

'Kejamnya...'

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Oktober 2018 @ 6:33 PM