Fahmy Azril Rosli


PERBEZAAN undi yang diperolehi Ahli Parlimen Port Dickson yang baharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding penyandang lama, Datuk Danyal Balagopal Abdullah tidak terlalu ketara.

Walaupun peratusan pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson tidak 'semeriah' Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), namun majoriti undi yang diperoleh Anwar menunjukkan beliau masih mempunyai aura meskipun dipenjarakan sebelum ini.

Anwar yang berjaya menewaskan enam calon pada PRK Port Dickson hari ini menang dengan jumlah undi sebanyak 31,016 berbanding 36,225 undi yang diperoleh Danyal Balagopal.

Namun, pada PRK kali ini, dari segi jumlah majoriti pula, Anwar 'memintas' Danyal Balagopal apabila memperolehi 23,560 undi.

Manakala, Danyal Balagopal selaku penyandang Ahli Parlimen Port Dickson memperolehi majoriti sebanyak 17,710 undi pada PRU-14 yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru.

Peratus PRK kali ini menyaksikan peratus pengundian merekodkan 58.25 peratus dan pada PRU-14 pula, 85.05 peratus.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Oktober 2018 @ 10:01 PM
ANWAR bersama isterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meninggal dewan selepas diumum menang. FOTO Hazreen Mohamad
ANWAR bersama isterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meninggal dewan selepas diumum menang. FOTO Hazreen Mohamad