SUASANA di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil Parlimen P132 di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson. FOTO Iqmal Haqim Rosman
SUASANA di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil Parlimen P132 di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson. FOTO Iqmal Haqim Rosman
Syed Umar Ariff dan Mohd Iskandar Ibrahim


CALON Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus laju mendahului enam pesaingnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Keputusan tidak rasmi yang dipaparkan di Bilik Gerakan Utama PH, menyaksikan Anwar memperoleh 22,125 undi diikuti calon PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar, mendapat 6,104 undi.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad yang bertanding atas tiket Bebas pula memperoleh 3,355 undi manakala bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendapat 75 undi.

Calon Bebas lain, Stevie Chan mendapat 243 undi, Lau Seck Yan (152), Kan Chee Yuen (109).

Setakat 7.30 malam, keputusan tidak rasmi yang dipaparkan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) menunjukkan sebanyak 32,163 undi sudah dikira.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan jumlah peratusan keluar mengundi mencatatkan sebanyak 54 peratus setakat 4 petang tadi.

Jumlah itu secara tidak langsung menunjukkan peratusan keluar mengundi PRK Port Dicksonl, tertinggi berbanding tiga PRK Sungai Kandis, Balakong dan Seri Setia.

  • Lagi berita PRK Port Dickson
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Oktober 2018 @ 7:39 PM