CHAN Keng Leong menandatangani Ikrar Sokong Pilihan Raya Bersih dan Adil yang disediakan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0). FOTO Ifwan Tun Tuah
CHAN Keng Leong menandatangani Ikrar Sokong Pilihan Raya Bersih dan Adil yang disediakan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0). FOTO Ifwan Tun Tuah
Tuty Haryanti Ahmad Rodzi


CALON Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen, Port Dickson, Kan Chee Yuen, memulakan kempen pertamanya hari ini, dengan bertemu penduduk setempat.

Menggunakan lambang pen, beliau memulakan kempen lewat empat hari berbanding enam calon lain, namun menegaskan ia adalah satu daripada strateginya.

Beliau yang bertugas sebagai seorang perunding, tidak menganggap lewat berkempen sebagai kekurangan tetapi lebih kepada cabaran buat dirinya.

"Kempen pertama saya adalah berjumpa penduduk setempat dan bertanyakan masalah mereka.

"Jika saya menang, saya tahu apa mereka mahukan dan berusaha melaksanakannya," katanya ketika ditemui di Port Dickson, hari ini.

Chee Yuen, 45, mengakui tidak memiliki latar belakang politik namun ia bukan masalah besar.

Malah, belia yakin profesionalisme dimilikinya akan diterima penduduk setempat.

"Apa yang penting ketika ini selain berjumpa penduduk setempat dan mendengar masalah ialah memberitahu mereka mengenai perancangan saya untuk Port Dickson," katanya.

Ditanya mengenai aktiviti berkempen calon lain, beliau berkata, ia sama seperti pilihan raya sebelum ini namun berbeza dari segi bilangan calon bertanding.

"Saya yakin boleh diterima masyarakat dan perlu tampil dengan idea unik serta sesuai untuk jangka panjang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Oktober 2018 @ 6:51 PM