ANWAR, Mohd Nazari, Mohd Isa dan Saiful Bukhari serta calon lain yang bertanding di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Port Dickson, hari ini. FOTO Iqmal Haqim Rosman
ANWAR, Mohd Nazari, Mohd Isa dan Saiful Bukhari serta calon lain yang bertanding di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Port Dickson, hari ini. FOTO Iqmal Haqim Rosman
Rizanizam Abdul Hamid


PILIHAN Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara calon Pakatan Harapan (HARAPAN), PAS dan Bebas.

Pertandingan itu disahkan selepas Pegawai Pengurus PRK Port Dickson Khairy Maamor yang mengumumkan senarai calon yang bertanding dalam PRK itu pada 11.09 pagi.

Ia diumumkan sebaik tempoh proses penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson ditutup pada 10 pagi, disusuli tempoh bantahan selama sejam.

HARAPAN meletakkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon, manakala PAS mempertaruhkan Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar.

Khairy berkata, lima calon yang bertanding atas tiket Bebas adalah Tan Sri Isa Samad, Saiful Bukhari Azlan, Lau Seck Yan, Stevie Chan Keng Leong dan Kan Chee Yuen.

berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 September 2018 @ 11:46 AM