Nadia Hamid


UMNO belum menerima surat peletakan jawatan Ahli Majlis Tertinggi yang juga Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Setiausaha Agungnya Tan Sri Annuar Musa menyatakan perkara itu ketika dihubungi, malam ini.

“Parti (UMNO) belum terima apa-apa (surat peletakan jawatan) secara rasmi. Saya akan sahkan perkara ini dengan beliau dahulu,” katanya.

Mustapa dipercayai berada di luar negara ketika ini dan mengumumkan keluar parti selepas lebih 40 tahun berkhidmat untuk UMNO, malam tadi.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh agak terkejut dengan pengumuman itu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Mungkin esok baharu parti keluarkan kenyataan,” katanya.

Terdahulu, Mustapa yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam satu kenyataan dipetik berkata, keputusannya itu susulan hala tuju UMNO pada masa kini tidak selari dengan perjuangannya.

Berita berkaitan

Tok Pa keluar UMNO

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 September 2018 @ 11:45 PM