SALLEHUDIN (enam kanan) bersama penduduk  pada gotong-royong cegah denggi di Bandar Tasik Puteri, Rawang, hari ini.
SALLEHUDIN (enam kanan) bersama penduduk pada gotong-royong cegah denggi di Bandar Tasik Puteri, Rawang, hari ini.
Hasbi Sidek


SELANGOR terus mendahului jumlah kes tertinggi denggi di negara ini membabitkan 29,205 kes direkodkan sejak Januari lalu.

Kebimbangan terhadap peningkatan wabak denggi saban tahun menyebabkan penduduk Taman Ivory 2, Blok 6, Bandar Tasik Puteri, Rawang sepakat mengadakan gotong-royong perdana bagi mencegah denggi, hari ini.

Program itu turut mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang Sallehudin Amiruddin dan Ahli Majlis Zon 18 JC Jess Choy Pooi Yee yang hadir pada program itu.

Seramai 50 penduduk membersihkan kawasan rumah terbiar, memotong pokok dan semak selain sampah bermula jam 9 pagi.

Aktiviti yang kerap diadakan itu mendapat kerjasama penuh penduduk yang berganding bahu memastikan wabak denggi tidak menular di kawasan kejiranan terbabit.

JC Jess yang ditemui berkata, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) turut menubuhkan pasukan khas bagi memantau kawasan panas wabak denggi.

Menurutnya, usaha memerangi denggi akan diperhebatkan berikutan belum ada vaksin yang mampu mencegah virus denggi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 September 2018 @ 10:16 PM