Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucaptama semasa menghadiri Muktamar PAS ke 64 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak hari ini. FOTO Ghazali Kori
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucaptama semasa menghadiri Muktamar PAS ke 64 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak hari ini. FOTO Ghazali Kori
Veena Rusli dan Haneeyzah Bariah Baharin


PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, banyak berubah dan jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

Membandingkan pengalaman dulu dan sekarang, Abdul Hadi berkata, Dr Mahathir dilihat banyak belajar daripada kelemahan terdahulu.

"Dulu dia jadi PM (Perdana Menteri) umur dia muda, sekarang dah lebih 90. Suasana masyarakat sudah berubah, keadaan berubah, pemikiran Dr Mahathir juga berubah.

"Dia pelajari kelemahan dulu. Kita menganggap dulu dia tak matang, sebab tu sekarang dia nak kembalikan royalti (minyak kepada Kelantan dan Terengganu).

"Dr Mahathir yang ada sekarang lebih baik dari yang dulu," katanya pada sidang media di Stadium Tertutup Gong Badak di Kuala Nerus, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 September 2018 @ 3:40 PM