PENDAKI di Gunung Rinjani turun ke kaki gunung. FOTO Agensi
PENDAKI di Gunung Rinjani turun ke kaki gunung. FOTO Agensi
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


BAKI 18 pendaki Malaysia yang masih berada di Lombok akan pulang ke Malaysia, hari ini.

Pendaki Malaysia, Haziq Wafiy Mohd Azman, 26, berkata, kumpulannya akan pulang ke tanah air sebaik mendapat kelulusan daripada kedutaan.

“Setakat ini, kami sedang berurusan untuk mengambil semua barang yang berada di rumah tumpangan yang runtuh ketika gempa bumi berlaku.

“Selesai urusan berkenaan kami dijangka terus pulang ke tanah air," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Haziq berkata, jenazah Siti Ismawida Ismail sudah dibawa pulang pada jam 9.40 pagi tadi.

“Jenazah dibawa pulang dari Lombok sebelum transit ke Jakarta dan dijangka tiba ke tanah air petang ini,” katanya.

Terdahulu, NSTP melaporkan seorang pendaki rakyat Malaysia maut, manakala enam yang lain cedera akibat gempa bumi di Gunung Rinjani, Lombok.

Gempa dengan kekuatan 6.4 magnitud itu turut menyebabkan kerosakan di kawasan sekitar dan banyak laluan terputus hubungan.

Menurut kenyataan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) gempa tersebut terjadi pada 5.47 pagi dan berpusat 28 kilometer (km)Barat Laut Lombok Timur dengan kedalaman gempa sekitar 10 km.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Menurut laporan BMKG, 31 gegaran susulan selepas gempa pertama itu sehingga jam 7.39 pagi semalam.

Gegaran susulan gempa itu di bawah magnitud 5.

Gunung berapi Rinjani di Pulau Lombok yang popular dalam kalangan pelancong dan pendaki juga ditutup kerana dilaporkan berlaku kejadian tanah runtuh.

Berita berkaitan

'Syukur, dah selamat balik...[METROTV]

'Terbang' ke Lombok, sambut jenazah isteri

'Mudahkan urusan bawa balik jenazah isteri saya'

[UPDATE) Kehilangan besar buat warga TVET

[UPDATE] Seorang pendaki Malaysia terkorban [METROTV]

'[UPDATE] Tiga korban gempa bumi Lombok'

'Lombok bergegar !'

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Julai 2018 @ 11:07 AM